Jumaat, Februari 26, 2010

Kelantan vs KL 1969, rusuhan kaum tidak berlaku di Kelantan,Pahang,Kedah tetapi di KL...


Kaum Tionghua, India terbela di Kelantan | Print |  E-mail
Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 25 Feb: Masyarakat minoriti di Kelantan bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Dan pada 27 Februari ini kaum Cina akan diraikan sempena Tahun Baru yang akan diadakan di Tokong Kuang Thai Meow Kampung Baru, Gua Musang.

Program yang dikenali sebagai Malam Jalinan Mesra Antara Kaum peringkat negeri itu diadakan pelbagai aktiviti termasuk jamuan makan malam, pertunjukan kebudayaan Cina dan persembahan akrobatik dari negara China.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, program itu diadakan setiap tahun dengan melibatkan pelbagai kaum sehingga ke peringkat jajahan.

“Kita sentiasa mendampingi masyarakat dari kaum lain seperti Tionghua, India, Siam dan Orang Asli.

“Dengan adanya program seperti itu diharap hubungan antara kaum di Kelantan dapat dipertingkatkan lagi,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu kini diterima dengan lebih meluas semua kaum di Kelantan.

“Keharmonian kaum di Kelantan terbukti pada tahun 1969 ketika berlakunya rusuhan kaum, Kelantan tetap selamat dan berada dalam aman,” katanya.





* 1969-rusuhan kaum di negeri selain Kelantan/Pahang/Kedah

Baru-baru ini PAS Kota Bharu, Pusat Khidmat Dun Kota Lama dan Pusat Khidmat Dun Chetok mengadakan program khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.
------------------------------------
yusz felda : 

Info tambahan :
1- " Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. "

2- Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai. , sumber:
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Tiada ulasan: