KASINO SABUNG AYAM DI KENINGAU DIBUKA JUMAAT INI |
Written by Admin | |||
Thursday, 11 February 2010 10:46 | |||
Oleh: HENDRA BASIL BANDAR ‘Kayu Manis’ (Koningau) Keningau semakin manis bagi pada penggemar judi Sabung Ayam bertaji pisau kerana sebuah Pusat Sabung Ayam akan mula dibuka pada Jumaat ini di kawasan perumahan kakitangan Jabatan Perhutanan di Tivao, Jalan Keningau-Kalabakan setelah pusat sebelum ini di Kampung Sogon telah ditutup Unit D7, Bukit Aman pada tahun lalu. Menurut maklumat Krew Sabahkini.net di Keningau, sejak tiga hari lalu, merata ceruk Keningau telah kedengaran kokok ayam sabung dan pendaftaran telah dimulakan pada Isnin lalu bagi perlawanan pada Jumaat hingga Isnin ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Para penjudi sudah mula mendatangi Bandar Keningau termasuk daripada Sarawak, Filipina, Indonesia, Brunei dan seluruh Sabah dan hamper semua hotel di Keningau telah penuh ditempah mulai kelmarin. Para peserta daripada Brunei masih berlegar di kawasan Tenom untuk mengelak daripada serbuan mengejut D7 kerana mereka membawa ayam dan jumlah pertaruhan yang besar. Judi Sabung Ayam yang telah popular di Keningau sejak 20 tahun lalu didalangi seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP yang telah ditukar ke daerah lain setelah D7 mendapat bukti beliau terlibat dan mendalangi kegiatan judi sabung ayam dan 4D haram. Sehingga kini, setiap bulan ASP berkenaan akan kembali ke Keningau untuk mengutip tol judi haram yang masih mendominasi Keningau. Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mula menonjol selepas ASP berkenaan ditukar berjaya menangkap ramai pemilik bakakuk (senapang buatan sendiri) namun belum berjaya menghalang kegiatan’Judi Sabung Ayam’ yang menjadi trademark kepada Keningau. Pusat Sabung Ayam ‘Jabatan Perhutanan’ dikendalikan seorang promoter terkenal sejak 20 tahun lalu, yang dikenali sebagai ‘Mr Wai’ dengan bantuan ‘Kah Liew’ seorang pengurus sebuah kilang papan yang dimiliki seorang peguam ternama di Sabah. Tidak diketahui apakah Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, mengetahui atau merestui Kawasan Hutan Simpan digunakan untuk Pusat Judi Sabung Ayam kerana umum sedia maklum Hutan Simpan tidak boleh dimasuki sesuka hati, apatah lagi untuk berjudi. Mr Wai juga terlibat dengan kegiatan pengedaran syabu dan sentiasa dikawal ketat tidak kurang 10 orang pengikutnya sehingga tidak ada polis Keningau berani menyentuhnya kerana hubungan baiknya dengan pegawai kanan polis di Sabah dan Bukit Aman. Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman tahun lalu, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda dan menjadi tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini ada pegawai kanannya disyaki menjadi 'Pelindung' kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah. Ketika itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu 'serbuan' yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan 'Tahniah' dengan nada sinis dan senyuman sumbing! Last Updated on Thursday, 11 February 2010 10:4 ------------------------------------------- yusz : itulah bahana penduduk yang ramai tidak berilmu dan tidak solat.. tidak tahu Allah.. akhirnya melakukan tindakan 'zalim' dan 'jahat' samada terhadap manusia , tumbuhan bahkan binatang seperti sabung ayam ini... siapa yang ajar orang Sabah tidak beragama atau lupa agama. BN kah? | |||
------------------------- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan