SELAMATLAH PARTI ISLAM MELANGKAH...
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, Februari 21, 2010
Alhamdulillah.. ada juga masa rehat bersama keluarga Cuti Raya Cina ni..
Bila tak jadi program rehlah di Cinta Mata Resort, Jalan Taman Bukit Tawau- saya mengambil peluang Selasa 16/2 bawak keluarga jalan-jalan.. bukan pergi jauh.. di Tawau jugak.. he he.. pergi Giant.. ada sesuatu yang menarik buat anak-anak kita.. di ruang kanak-kanak, ada permainan..
Walaupun masa bersama keluarga kadang-kadang terbatas, namun masa yang ringkas cukup indah jika dimanfaat.. khasnya bersama anak-anak dan isteri..
Anak-anak akan lupa bahawa ayahnya tidk ada di rumah 2, 3 hari bila kita ganti semula 'ketiadaan' tersebut dengan hadiah 'bawa jalan' mereka bermain.. he he..
Kasihan juga umminya.. ditinggalkan.. namun, kasihan lagi pejuang-pejuang yang telah syahid samada di Memali, Chechan, Kasymir, Palestine, Thailand dan sebagainya.. :(
Syukurlah dengan rezki yang Allah beri buat kita selama ini...
Gambar tanda salib pada waktu malam diambil dari surau Tingkat 3, Servay Jaya, dekat Hotel Promenade, Tawau.. di sebarang jalan ialah Gereja. Sengaja saya ambil gambar ini.. Servay di tengah bandar tiada surau, mungkin berdekatan dengan Masjid Bandar..
Mudah-mudahan masa cuti yang singkat, dapat menggembirakan hati anak-anak.. Curilah sedikit masa untuk 'berkasih sayang' dengan anak-anak :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan