Jumaat, Februari 26, 2010

Sinergi Perdana-Felda+Felcra+Risda (RM300 juta) Duit Rakyat, banyak la pulak duit...

‘Penyatuan sumber’ boleh jayakan Sinergi Perdana | Print |  E-mail
Dzulfikar Mashoor   
GOMBAK, 25 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pagi tadi meminta kerajaan menyatukan sumber yang ada pada Felda, Felcra, dan Risda secara komprehensif supaya hasrat menjana ekonomi berskala besar boleh direalisasikan kerajaan seperti yang dirancang kelak. Permintaan Mahfuz itu sebagai mengulas cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam, iaitu untuk menubuhkan Sinergi Perdana (SP), iaitu satu konsortium pertanian bermodalkan RM300 juta.
 
Mengambil contoh Nestle, iaitu syarikat pembuatan, pemerosesan dan pengedaran makanan global, Mahfuz mendedahkan bahawa syarikat dari Switzerland tersebut mencatat 'pulangan pendapatan' sebanyak USD75 Billion pada pada tahun 2007 sahaja sedangkan Nestle tidak mempunyai ladang dan bahan mentahnya sendiri.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan Shafie supaya penubuhan SP tersebut mesti memberi manfaat kepada kumpulan sasaran yang sebenar, iaitu peneroka, peserta dan pekerja yang terbabit menjayakan SP tersebut.

Beliau juga menasihatkan Shafie supaya tidak mengabaikan projek bernilai RM300 juta yang terperoleh dari wang rakyat.

“Jangan retorik dan buat konsep konsep saja. Selepas (majlis) perasmian dan tandatangan perjanjian dibuat (kemudiannya) dibiar sepi begitu sahaja,” nasihat beliau.

yusz felda : bajet untuk jabatan kerajaan dikurangkan.. tapi dengar hal ni macam banyak pulak duit.. tu yang kakitangan kerajaan rasa tertipu tu.... 
------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan: