BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?(sabahkini.net) |
Written by Admin | ||
Tuesday, 23 February 2010 19:32 | ||
Oleh: HALIK ZAMAN PADA perjumpaan ‘Bertemu Rakyat’ bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang berlangsung di Star City Convention Center, Kota Kinabalu baru-baru ini, terdapat juga anasir-anasir negatif yang cuba untuk menggagalkan program berkenaan. Musuh PKR edar risalah-risalah lucah sanggup mengupah anak-anak PATI untuk menabur di seluruh bandaraya Kota Kinabalu. Angin perubahan sudah kencang meniup, tidak dapat dihadang dengan risalah lagi. Antaranya di kereta-kereta disisipkan gambar-gambar Ketua Umum, YB Dato’ Seri Anwar dengan pelbagai bentuk teknik ‘super-impose’. Risikan kami mendapati anasir-anasir ini telah di dalangi oleh ‘pihak tertinggi’ dari Kota Kinabalu, Karamunsing dan Kepayan. Mereka telah mengupah anak-anak pendatang tanpa izin untuk menyisipkan risalah-risalah di kereta-kereta mereka yang hadir. Tidak cukup dengan itu, ada pihak tertentu yang sabotaj di dalam dewan perhimpunan. Ada tangan-tangan yang telah ‘dibeli’ sanggup menjalankan kerja-kerja terkeji dengan memotong wayar penghawa dingin di dalam dewan, akibatnya hadirin di dewan kepanasan. Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang ‘orang-orang tertentu’ lakukan, namun semangat kental para hadirin untuk mendengar amanat dan penjelasan kepimpinan PKR terus segar. Apakah orang ini mengandaikan kepercayaan ahli-ahli PKR akan pudar setelah melihatkan risalah-risalah tidak bermoral ini? Atau adakah orang-orang ini menganggap ahli-ahli PKR akan berkeluaran meninggalkan dewan kerana kepanasan ekoran tindakan mereka mensabotaj penghawa dingin di dewan? Malangnya segala usaha jahat pihak-pihak ini tidak mendapat perhatian ahli-ahli PKR bahkan harus kita maklumkan bahawa 70% hadirin yang hadir di perjumpaan berkenaan kebanyakannya orang-orang UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kerana itulah mereka hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri dan bersua muka dengan wanita yang selama ini merupakan tulang belakang kepada Ketua Umum PKR. Pada hari itulah mereka dapat melihat sendiri betapa kuatnya tekad ahli-ahli PKR di Sabah yang tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang mereka lakukan demi kasihnya mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat. -------------------------------------- | ||
Last Updated on Tuesday, 23 February 2010 19:32 | ----------------- | yusz felda : memang dasar BN! Suka kacau orang, orang nasihat dia sikit, mau pukul sahaja.. :) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan