Rabu, Februari 10, 2010

Dun Perak : Syukur tak kena tempat oleh penyokong Zambry!

Zambry sah MB Perak

PARA penyokong Barisan Nasional yang sebahagiannya rakyat Perak menadah tangan tanda kesyukuran atas keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam, mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak. – Utusan/hanafi khamis

PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

# Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff

yang menolak rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

# Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak kembali menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

# Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak minta semua pihak menerima dengan hati terbuka.
-----------------------------------
yusz felda : kelihatan dalam muka depan berita ini penyokong menadah tangan berdoa.. kira bersyukur lah tu kan... syukur kena tengok tempat... syukur 3 cara.. apakah menjalankan pemerintahan kezaliman itu bukti kita bersyukur? UMNO bunuh orang Islam di Memali! Bunuh jiwa di Ting Kayu Kunak (kaitan dengan polis)?Luluskan kedai judi-premis hiburan dan sebagainya.. inikah rakyat sokong? ...

Tiada ulasan: