Gempa di Chile: Amaran tsunami di Chile, Peru dan Ecuador
WASHINGTON: Pusat Amaran Tsunami Pasific Amerika Syarikat sebentar tadi mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda Chile dan Peru berikutan gempa kuat 8.3 magnitud di perairan Lautan Pasifik di Chile, hari ini.Pusat gegaran berikutan kejadian gempa jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) itu terletak di 91 kilometer (km) di utara bandar Concepcion di Chile dan 110km dari barat daya Talca, juga di Chile, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat.
Setakat ini belum ada laporan segera mengenai mangsa atau kerosakan yang terbabit.
Difahamkan, setakat ini kemungkinan tsunami sudah berlaku belum dapat disahkan lagi tetapi mengikut ukuran gempa, ia berpotensi untuk membawa tsunami. - AFP
----------------------------------------
yusz felda :
Info Peru >>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan