Inilah dia, antara sumbangan kami ustaz-ustazah walaupun disisihkan dari program Felda dengan alasan politik, namun kami tidak pernah serik untuk membantu menyebarkan ilmu Islam di Bumi Felda Umas, Tawau ini... apa lagi yang kita boleh beri.. RM? TENAGA? HARTA? Tiada.. kecuali ilmu yang bermanfaat.. mudah-mudahan selesainya aktiviti tersebut, peserta boleh berdikari dengan diri sendiri menunaikan IBADAT SOLAT..
Sebagai perkongsian, aktivit kami dimulakan dengan :
1) Bacaan Doa selamat
2) Teori Wudhuk + Tunjuk Cara
3) Amali Rukun Wudhuk sahaja (wudhuk dan dipantau ustaz)
4) Demonstrasi semula dalam kelas
5) Teori Rukun Solat & Rukun Bacaan Yang Wajib + Sunat Khas Solat Subuh >tunjuk cara - Fatihah/Selawat/Tahiyyat Akhir/Qunut
6) Amali Solat Berjemaah secara bergilir
7) Praktik dalam Solat Sebenar Mengikut Waktu Program
*** diajar Rukun sahaja untuk menonjolkan bahawa Islam & Solat mudah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan