KDRM rampas syabu RM13.6 juta
NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menahan tiga warga Iran, termasuk dua wanita, berusia antara 20 hingga 40 tahun dan merampas 54.54 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM13.6 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.
Nilai rampasan itu juga dipercayai adalah yang terbesar dalam sejarah operasi narkotik KDRM sejak ia ditubuhkan. Pengarah Siasatan KDRM, Datuk Zainul Abidin Taib, berkata semua suspek yang memasuki negara ini menggunakan pas pelancong itu, ditahan Cawangan Narkotik jabatan itu ketika tiba di KLIA menaiki penerbangan dari Dubai kira-kira jam 10 malam.
"Ketiga-tiga suspek berkenaan direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KDRM Cawangan Narkotik di Kampung Jijan di sini, pagi tadi.
Mengulas mengenai modus operandi suspek yang tidak menggunakan ruangan rahsia di dalam beg, Zainul berkata pihaknya percaya suspek bertindak demikian dengan harapan pihak berkuasa tidak mengesyaki mereka ketika melalui mesin pengimbas.
"Ini satu petanda kurang baik yang membimbangkan kerana kita tidak mahu KLIA atau mana-mana lapangan terbang di negara ini dijadikan pintu masuk oleh penyeludup dadah," katanya. Mengulas mengenai modus operandi suspek yang tidak menggunakan ruangan rahsia di dalam beg, Zainul berkata pihaknya percaya suspek bertindak demikian dengan harapan pihak berkuasa tidak mengesyaki mereka ketika melalui mesin pengimbas.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya kini mengarahkan semua pegawai dan anggota di lapangan terbang di seluruh negara supaya lebih berwaspada dengan kelakuan warga asing terutama dari Iran dan India yang menjadi majoriti suspek penyeludup dadah ditahan ketika ini.
---------------------------------------------
yusz felda : emm.. macam mana berani orang luar datang dan jual syabu di Malaysia.. memang gila.. last sekali hukuman gantung sahaja.. tak kasihan mak ayah...1 lagi.. tak rasa pelik ka orang luar berani datang.. tak serik-serik.. ada rasuah ka? he he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan