PAS KAWASAN TAWAU on 12:27 AM
- Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan mengurangkan kuasa raja-raja melalui pindaan perlembagaan pada tahun 1987.
- Melemahkan sistem kehakiman Negara dengan mengugurkan hakim yang berwibawa semata-mata ingin menutup kelemahan kerajaan pimpinan UMNO sendiri.
- Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yg majoriti orang Melayu pada tahun 1999 ketika Terengganu diperintah oleh PAS
- Memperkenalkan PPSMI; dan menidakkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam proses pengajaran sains dan matematik.
- Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu Islam.
- Memperkenalkan sistem meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa untuk anak-anak Melayu.
- Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
- Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoritinya orang Melayu.
- Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu dengan konsep Islam yang sebenar iaitu Hadharah Islamiyah
- Menyenarai awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
- Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekali gus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
- Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani , 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
- Mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
- Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
- Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu.
- Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekali gus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputera.
- Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika dulu dalam syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang pernah didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa
- Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004
- Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara tidak bermoral pada Februari 2009
mahkamah : Jangan suka menuding jari kepada Kaum Cina & India kerana mereka khianat Melayu, memang tidak dinafikan ada di antara kaum Cina & India yang 'open minded' bersikap begitu.. Namun Cina Muslim & India Muslim akan nampak dari sudut agama bahawa Islam agama yang sempurna.. yang bertaqwa itulah yang mulia.. hatta Melayu Muslim yang tak solat adalah lebih dihina berbanding China Muslim & India Muslim yang solat.. Bukti di atas, jelas.. di dunia lagi pun namanya UMNO sudah khianat kepada bangsa sendiri... apakah Islam ajar begitu? Apakah manis dan bertepatan dengan Islam, tindakan UMNO Melayu itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan