INFO:
- Rentak tarian shuffle membabitkan pergerakan menggelungsur kaki di lantai dengan diiringi rentak muzik tekno.
- Mengikut sejarah, tarian shuffle mula dicetuskan pada era 1980-an oleh anak muda dari Melbourne, Australia.
- Tidak lama selepas itu, tarian itu pantas mendapat perhatian remaja disebabkan faktor unik selain kesesuaian tarian dan muzik.
- Disebabkan keunikan shuffle, publisiti yang diberi akhirnya menyebarkan bentuk tarian shuffle ke luar negara hingga menjadi antara tarian paling mendapat sambutan remaja dunia.
- Selain publisiti media cetak, elektronik dan internet, kemunculan muzik tekno yang rancak dan menarik menjadi pendorong tarian ini tersebar luas.
- Di Malaysia, tarian shuffle dipercayai mula diikuti pada 1990-an dan terus berkembang pesat pada awal 2000. Selain remaja, kanak-kanak juga mampu melakukan gerak tari shuffle dengan baik.
- Pada awal kemunculan tarian ini, ia diberi nama sebagai Melbourne Shuffle iaitu merujuk kepada tempat asal shuffle tercipta. Namun di Malaysia, tarian ini lebih dikenali sebagai shuffle kerana diolah dengan identiti dan kreativiti anak muda tempatan.
- Sejarah kemasukan shuffle di Malaysia dipercayai dipelopori deejay dikenali sebagai Apek Whuut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan