Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar | |||
|

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.
Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".
Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.
Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.
Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.
-------------------
yusz felda : dalam Awani 501 malam ini, syukur lah 'matangnya Astro' menyiarkan ucapam KM Pulau Pinang itu.. kata Guan Eng: Zaman Sultan Melayu Melaka,tiada UMNO.. Melayu boleh hidup.. seolah-olahnya jika Dap & Pakatan Rakyat memerintah Melayu akan mati lahh.. he he..
siapalah memerintah Pulau Pinang selama ini.. 2008/Mac DAP buat pertama kali memerintah.. tiba-tiba Melayu mati? sebelum itu, Gerakan & BN memerintah, Melayu macam mana? Otak Melayu letak di mana masa tu??????
Matanglah sikittttt!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan