Salji litupi 50 negeri AS
TUGU pengasas Coca Cola, John Pemberton ditutupi salji di Muzium The World of Coke di Atlanta, Georgia. |
Fenomena El Nino punca cuaca pelik, teruk melanda
NORMAN: Semua 50 negeri di Amerika Syarikat tidak lama lagi akan dilitupi salji dalam tempoh beberapa hari lagi.
Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata salji akan melitupi semua negeri Amerika pada hujung minggu depan dan sedang berusaha mengambil gambar fenomena itu.

Kemungkinan semua negeri Amerika dilanda salji dianggap pelik. Pegawai di Pejabat Cuaca sekalipun tidak pernah mengumpul maklumat itu dan tidak dapat memberitahu sama ada keadaan seperti itu pernah berlaku.
Pakar cuaca di Makmal Salji Global juga sedang memeriksa rekod tetapi memerlukan beberapa hari lagi untuk mengesahkannya.
Pakar cuaca di Makmal Salji Global juga sedang memeriksa rekod tetapi memerlukan beberapa hari lagi untuk mengesahkannya.
Sehingga pagi kelmarin, 67.1 peratus wilayah Amerika dilitupi salji. Kebiasaannya, pada masa ini, hanya 40 atau 50 peratus wilayah mengalaminya. Ketua Makmal Salji Global, David Robinson, berkata salji direkodkan di beberapa stesen khas pada masa tertentu saja. Beliau berkata, keadaan ini dihasilkan oleh fenomena cuaca El Nino.
Cuaca seperti ini menyebabkan Marsh memilih untuk menjadi pakar kaji cuaca. Ketika salji turun di luar Pusat Cuaca Nasional di sini, Marsh mengesan apa yang dianggap fenomena jarang berlaku.
Marsh, kakitangan di Makmal Ribut Besar Kebangsaan (NOAA) di sini, akan cuba mengumpul gambar salji di semua 50 negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan