Sabtu, Februari 06, 2010

H1n1 : Bala yang diam-diam ubi...

H1N1 masih ada di seluruh dunia: WHO (bharian.com.my)

 


WASHINGTON: Selesema babi (H1N1) masih beredar di seluruh dunia dan meragut nyawa walaupun kadarnya berkurangan, kata pegawai kesihatan antarabangsa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan, H1N1 adalah virus selesema yang dominan di seluruh dunia tetapi jenis baru mula muncul di China dan Afrika.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai antara negara yang teruk dilanda wabak itu tetapi ramai rakyatnya tidak peduli dan menolak vaksin.

“Ramai yang percaya penularan wabak itu sudah berakhir dan saya fikir adalah terlalu awal untuk kita mengambilmudah perkara ini. Pandemik ini belum berakhir," kata Dr Anne Schuchat daripada Pusat Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

CDC berkata sembilan lagi kanak-kanak dilaporkan mati akibat H1N1 minggu lalu.
Dianggarkan seramai 80 juta rakyat AS dijangkiti selesema babi dan kira-kira 11,000 mangsa maut. - Reuters 
-------------------------------------
 

mahkamah : Bala datang sebab? Tak bersyukur /kufur kepada Allah.. yang ingat Allah tak ramai... yang takut kepada Allah tak ramai.. yang sikit tu adalah ulamak-ulamak dan penyokong-penyokongnya dari kalangan orang Islam.. yang lain? Islam di mulut sahaja.. Islam pada nama sahaja... H1N1 di Malaysia pun tak mustahil akan mula kembali.. Hanya Allah sahaja boleh menghentikannya!

Tiada ulasan: