Khamis, Februari 04, 2010

Hukum: Anak Muslim Boleh Ziarah / Kebumi Jenazah Ibubapa Kafir?

Ust Zaim Helmi (Tawau) : Harus orang Islam menziarahi dan mengkebumikan mayat orang Kafir apatah lagi keluarganya.. tapi haram kita mandi, kafan dan solat jenazah(juga pendapat ust Mohd. Nazri Mokhtar-Tawau). Bukti?

1. Nabi saw minta Saidina Ali kebumikan sahaja mayat bapanya Abu Talib tidak boleh uruskan yang lain. Kemudian Nabi saw minta Saidina Ali mandi bersihkan diri. 

Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasai, Baihaqi

2. Nabi saw minta dikuburkan mayat 24 orang Kafir dalam perang Badar.

Boleh hadir sebagai tanda penghormatan sesama insan dan sebagai mesej dakwah bahawa Islam tidak mengajar umatnya memutuskan hubungan kekeluargaan biar 
berbeza agama.

Tiada ulasan: