Rayuan Anwar ditolak lagi
PUTRAJAYA 17 Feb. - Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kekal setelah Mahkamah Rayuan memutuskan pertuduhan liwat yang dihadapinya bukan satu penindasan mahupun penyalahgunaan proses mahkamah.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Abu Samah Nordin memutuskan demikian secara sebulat suara setelah menolak rayuan Ketua Pembangkang itu agar pertuduhan terhadapnya digugurkan. Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Azhar Ma'ah turut menolak permohonan lisan Anwar agar keputusan hari ini digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan.
Sementara itu, Karpal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menyatakan, pihaknya akan memfailkan notis usul bagi memohon penggantungan perintah serta notis rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan, esok.
----------------------------
yusz : Agaknya DS Anwar akan dimasukkan ke penjara jugak kot.. itulah cabaran dalam berjuang DS.. Allah ada.. akhirat ada.. Bersabarlah penyokong-penyokong semua! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan