Jumaat, Februari 12, 2010

Jika benar, benarlah walaupun ianya pahitt.. Sabahkini.net..

PENJELASAN BERHUBUNG ISU PELAJAR TERLAMPAU PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 11 February 2010 22:17

Oleh: MUTALIB M.D
SABAHKINI.NET telah menerima lebih daripada 200 email dan 1,000 SMS berupa ugutan dan ancaman daripada mereka yang tidak bertanggung jawab setelah isu Pelajar Terlampau disiarkan.

Walaupun cerita di dalam artikel berkenaan dibuat sebagai tamsilan, satira dan menggunakan nama samaran, namun nama dua buah sekolah disebut semata-mata untuk memberi amaran awal kepada ibu bapa para pelajar sekolah tersebut agar berwaspada.

Sememangnya tidak wajar sekiranya krew Sabahkini.net dipersalahkan kerana melaporkan berita berkenaan secara tamsilan dan ramai menganggap berita berkenaan adalah palsu dan memalukan dua buah sekolah tersebut.

Umpama jiran memberitahu rumah kita terbakar; adalah tidak wajar jika kita menuduh jiran yang membakar rumah kita dan membunuhnya. Begitu juga dengan Sabahkini.net yang memberitahu isu ‘Pelajar Terlampau’ yang hanya menggunakan 60 peratus daripada maklumat yang diterima dan mengenepikan langsung semua bukti gambar dan video klip mereka yang berlambak di pasaran.

Sabahkini.net sedar, walaupun nama sekolah tersebut St Mary, namun hampir semua pelajar sekolah tersebut lelaki melainkan pelajar Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas.

Namun fakta sebenar yang disembunyikan ialah ‘Gay’ dan ‘Pondan’ yang berleluasa di sekolah tersebut sejak sekian lama namun disembunyikan oleh pihak sekolah, terutama mereka yang bersolek dan berdandan memakai pakaian perempuan sekalipun lelaki!

Natijahnya, seorang Pegawai Kebajikan berbangsa Melayu menelefon Editor  meminta penjelasan siapa Pegawai Kebajikan yang dimaksudkan kerana rakannya di seluruh Malaysia menuding jari ke arahnya disebabkan hanya beliau seorang yang bertugas di Unit Kaunseling; namun Sabahkini.net hanya dapat menyatakan watak ‘Pegawai Kebajikan’ dalam videoklip tersebut bukan Melayu. 

Sabahkini.net tidak dapat mendedahkan nama mereka yang memberi maklumat atau nombor telefon Krew Sabahkini.net yang membuat intipan atau menulis berita berkenaan atas sebab keselamatan.

Gejala Gay, Pondan  dan pelacuran semakin menjadi-jadi dan Sabahkini.net akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mendedahkan mangsa atau mereka yang melakukan kegiatan berkenaan, melainkan jika dicabar di Mahkamah!
Last Updated on Thursday, 11 February 2010 22:17   

Tiada ulasan: