Isnin, Februari 15, 2010

4 Pelajar Saman Kerajaan dalam Isu PPSMI! 20 April Keputusan Mahkamah Tinggi!

Keputusan Empat Pelajar Saman Kerajaan, Mahkamah Tetapkan 20 April 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan kepada 20 April ini bagi memutuskan permohonan empat pelajar sekolah menengah yang mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah sejak 2003.

Peguam Mohamed Hanipa Mydin yang mewakili keempat-empat pelajar itu berkata Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali sepatutnya memberi keputusan itu hari ini tetapi menangguhkannya kerana beberapa pihak perlu mengemukakan dokumen tambahan berkaitan kes itu.
--------------------------------
yusz felda : keputusan macam tahu sahaja.. tapi ntahlah.. usaha dahulu.. sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa ada di sana.. isu HAK RAKYAT dalam mempertahankan keadilan.. PPSMI MEMANG MENYUSAHKAN KHASNYA DI PEDALAMAN.. 

Antara alasan plaintif :-

1) Mereka memohon supaya kerajaan diperintahkan menukar semula dasar itu menurut kehendak dan peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang Bertulis kerana keputusan itu adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

2) Mereka mendakwa pelaksanaan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris tidak mengambil kira peruntukan undang-undang khususnya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Akta Pendidikan 1996 kerana mereka mempunyai hak untuk belajar mata pelajaran itu dalam bahasa kebangsaan di sekolah.

3) Selain itu terdapat juga perbezaan pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan untuk Tahun Satu bagi Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di mana SJKC memperuntukkan dua bahasa dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, kata mereka. -BERNAMA

Tiada ulasan: