Sabtu, Februari 06, 2010

Siapa Ibrahim Ali nak 'berdemo' di Pulau Pinang pula?


Sekadar demonstrasi parpu, memo tidak ditandatangani | Print |  E-mail
Mohd Sabri Said    
PULAU PINANG, 5 Feb: Pada dasarnya demonstrasi di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister selepas solat Jumaat tengah hari tadi tidak menepati sasaran sebaliknya lebih kepada 'demonstrasi parpu' kerana tiada langsung memorandum yang ditandatangani oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa kurang senang dengan kerajaan negeri.  Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas peristiwa tersebut berkata, kemungkinan NGO yang dikatakan bersama tidak mahu dicap sebagai petualang membantu parti yang berkefahaman sempit atau parti yang sudah bocor, dayungnya patah, sauhnya tertanggal dan layarnya koyak rabak.

Beliau secara sinis mengajak Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang turut serta berdemo tinggal di Pulau Mutiara bagi membantu masyarakat Melayu yang rata-ratanya daif dari segala segi ekoran perbuatan Umno sendiri yang berkuasa tetapi tidak berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri.
-----------------
mahkamah : Masa BN/Gerakan memerintah Pulau Pinang dulu(sebelum p/raya 2008), Melayu macam mana? tak melarat?

Tiada ulasan: