Buang bayi: Sistem pendidikan, sosial negara lemah | | Print | |
Nazri Abdullah | |
SHAH ALAM, 15 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berpendapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan sistem sosial antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan jenayah buang bayi di negara ini. | Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kedua-dua sistem tersebut agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin. "Saya berpendapat ia disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan sistem sosial Malaysia. "Saya menyeru kepada kementerian kebajikan agar mengambil langkah proaktif mengkaji secara berkesan bagi menangani masalah ini," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gejala pembuangan bayi yang semakain berleluasa berlaku dalam negara. Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan bahawa Selangor sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kementerian dalam usaha menangani permasalahan yang semakin berleluasa itu. Minggu lalu sahaja empat kes buang bayi dilaporkan berlaku. Terbaru membabitkan seorang bayi lelaki yang dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di sebuah lorong Jalan Zainal Abidin, Kuala Krai. Bayi malang seberat kira-kira dua kilogram ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan keadaan separuh badannya hangus dan kaki bercerai dari badan.-------------------------------- yusz felda : kasihan anak-anak ini.. Zaman jahiliyyah anak perempuan sahaja dibunuh kerana kefahaman wanita berada di kedudukan bawah-hina.. Zaman sebelum itu, Zaman Nabi Musa a.s bayi lelaki dibunuh bimbang mencabar diri Firaun.. Hari ini, tiada 'tekanan' dari pemerintah atau individu tertentu.. bahkan ada ibadat namanya NIKAH.. mengapa pilih untuk berseronok-seronok? dan akhirnya anak dalam kandungan menjadi mangsa??? Sekarang makin ramai orang berpendidikan.. tetapi tidak ramai beriman.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan