Rakyat Malaysia antara dipercayai mati selepas lapan hari terapung di tengah laut Sulawesi
(1/11/09-bharian.com.my)
Setiausaha Mukim Ogotua, Ilham, berkata mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Rosida berumur lingkungan 30-an, anaknya Arisman, dua tahun dan seorang lagi kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Jonathan, 16 bulan.
Lapan lagi penumpang diselamatkan oleh kapal nelayan ke Tolitoli, Sulawesi Tengah selepas dijumpai terapung-apung di Laut Sulawesi kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, hari ini, katanya seperti dipetik agensi berita Antara di Tolitoli.
Mereka yang menaiki bot laju kecil sedang menuju ke Tawi-tawi, Filipina lapan hari lalu tetapi tersadai di tengah laut setelah kehabisan minyak selepas gagal mencari arah tuju akibat kerosakan kompas.
Ilham berkata, selama empat jam mereka mencari arah tujuan pulau Tawi-Tawi sehingga kehabisan minyak sedangkan perjalanan dari Lahad Datu, Sabah ke destinasi mereka biasanya mengambil masa hanya sejam 15 minit.
Menurutnya, berdasarkan penjelasan nakhoda bot itu, Sapil Mahmud, 40, kebanyakan penumpang itu ialah kanak-kanak.
------------------ yusz felda :
kasihan noo.. apa boleh buat.. bukankah
Allah dah berfirman : katakanlah wahai Muhammad, sessungguhnya kematian yang kamu (manusia) lari darinya, kematian itu tetap akan menurutimu! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan