Khamis, November 05, 2009

Taufan Ketsana> Taufan Parma > Taufan Lipit > Taufan Mirinae membaham Vietnam!

Korban Mirinae di Vietnam naik kepada 90 orang

(utusan.com.my)


Seorang warga emas berusia 80 tahun (tengah) diselamatkan oleh dua anggota tentera dari bumbung rumahnya setelah kediamannya ditenggelami air di daerah Tuy An, tengah Phu Yen akibat Taufan Mirinae, kelmarin. - AFP

HANOI 4 Nov. - Angka kematian akibat Taufan Mirinae meningkat kepada 90 orang hari ini ketika pihak berkuasa menggiatkan usaha menyelamat dan operasi bantuan di kawasan tengah Vietnam, yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.

Di Phu Yen, anggota tentera menggunakan berpuluh-puluh bot laju sambil membawa mi segera, air minuman bersih dan pakaian bagi keperluan mangsa banjir yang kelaparan sejak dua hingga tiga hari lalu.

Tiga helikopter tentera juga digunakan untuk menghantar makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman.

Walaupun banjir sudah mulai surut, masih banyak kawasan yang ditenggelami air.

Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 15,000 orang dari Phu Yen. Beberapa orang diselamatkan dari atas bumbung apabila Sungai Ha Thanh melimpah dengan cepat.

Di wilayah Binh Dinh, dua helikopter tentera menghantar bantuan makanan dan air bersih secara berterusan kepada penduduk kampung pedalaman yang masih terperangkap, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat, Ho Quoc Dung.

Mirinae sebelum ini melanda Filipina menyebabkan 27 maut sebelum ia semakin lemah ketika bergerak melalui Laut China Selatan dan membadai Vietnam. - AP

Tiada ulasan: