Jumaat, November 13, 2009

Isu Sebat Kartika: SAH MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM!

Paparan sebatan cara Islam.. jauh beza dengan ciptaan manusia yang diamalkan di M'sia...

Hukuman sebat cara Islam DIJALANKAN DI KHALAYAK RAMAI.. jauh lebih baik, mendidik bukan mengHUKUM!
---------------------------------------------------

Timbul syubahah dalam pelaksanaan hukuman sebat Kartika

KUANTAN: Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno belum dijalankan berikutan timbul syubahah (keraguan) dalam pelaksanaan hukuman itu.


Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, berkata pelaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara berhati-hati, terutama terhadap pesalah wanita. "Sejak 52 tahun kemerdekaan negara, tidak ada lagi tukang sebat daripada kalangan wanita," katanya ketika menjawab soalan Syed Mohammed Tuan Lonnik (Pas-Beserah) berhubung kekangan dalam pelaksanaan hukuman terhadap Kartika pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.


Mohamad Sahfri bagaimanapun berkata, hukuman sebat terhadap pesalah lelaki bagi kesalahan sama telah dilaksanakan dengan terbaru, seorang rakyat Indonesia disebat enam kali di Penjara Penor di sini, semalam.


Beliau berkata Pahang adalah antara negeri yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara dan sebatan bagi kesalahan meminum arak berbanding negeri lain dan ia perlu dijalankan dengan sebaik mungkin.

Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu.

Menjawab soalan mengenai hukuman enam sebatan yang dikenakan tidak mengikut syarak, Mohamad Sahfri berkata, ia berpandukan undang-undang yang diluluskan DUN Pahang dan bidang kuasa yang diberi Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Beliau berkata walaupun hukum syarak menetapkan hukuman 40 hingga 80 sebatan bagi kesalahan meminum arak yang merupakan satu daripada kesalahan hudud,

Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman hudud.

"Ini kerana enakmen yang ada hanya memperuntukkan hukuman takzir dan tiada hukuman had atau qisas walaupun ada di antara jenis kesalahan itu adalah hudud," katanya. - Bernama

--------------- YUSZ FELDA :

SAH TERBUKTI! M;SIA BUKAN NEGARA ISLAM!!!!

Tiada ulasan: