Selasa, November 24, 2009

Ugut Bunuh Ibu.. akhir zaman..

Anak ugut bunuh ibu dengan parang

ARKIB : 23/11/2009 (utusan.com.my)

KUALA TERENGGANU 22 Nov. - Entah di mana silapnya, seorang pemuda bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengacukan sebilah parang di leher ibunya sendiri.

Kejadian di Kampung Padang Leban, Bukit Payung dekat sini kira-kira pukul 1 petang itu bagaimanapun tidak berlarutan apabila polis berjaya menahan pemuda terbabit, tiga jam kemudian.

Suspek ditangkap oleh polis ketika menyorok dalam semak di belakang rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir baru pulang ke rumahnya.

Katanya, ketika sampai di rumah mangsa bagaimanapun dihalang oleh beberapa orang anaknya agar tidak memasuki rumah kerana bimbang dicederakan oleh suspek.

Bagaimanapun, katanya, mangsa berdegil dan tetap masuk ke rumah berkenaan.

''Suspek yang ketika itu berada di belakang rumah terus meluru masuk ke bilik tidur mangsa lalu meletakkan parang di lehernya.

------------------------

yusz felda : ada kait bab solat.. ikutnya jika orang solat, akan jauh dari masalah jiwa.. kerana? lepas solat kita berdoa.. masa doa, saat untuk bercakap dengan Allah Yang Maha Mendengar.. kita akan merasakan ada yang mendengar masalah kita.. hilang tekanan bahkan menenang dan mendamaikan jiwa...

Tiada ulasan: