Ida badai Teluk Mexico, 124 maut
|
|
SAN SALVADOR 9 Nov. - Taufan Ida membadai Teluk Mexico semalam, di lokasi yang menempatkan lapangan minyak penting selepas mengakibatkan banjir dan runtuhan lumpur yang mengorbankan 124 orang di El Salvador.
Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan, Ida diramal beransur-ansur lemah hari ini apabila menuju kawasan penghasilan minyak dan gas di tengah Teluk.
Mengikut pusat taufan itu, berdasarkan makluman pada pukul 10 malam waktu tempatan (11 pagi semalam waktu Malaysia), ribut itu berubah menjadi taufan lewat malam kelmarin dan mencapai kategori dua semalam dengan kekuatan angin selaju 165 kilometer sejam.
---------------------------- yusz felda:
kita di M'sia sekarang dihujani dan digenangi air.. kira hanya terlintas air di atas.. air langit.. cuma kadang-kadang lupa bahawa air juga bisa Allah datangkan keluar dari bumi.. menjadikan bumi menakungi air yang banyak.. kita buntu.. kaku.. terpaku.. layu.. mungkin mati kutu dalam bah/banjir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan