Rabu, November 18, 2009

Kes Polis (Yang Digantung Tugas) Pecah Rumah & Kes Polis Tembak Mati Orang Mengamuk di Perlis, Polis Salah?


Siasat insiden amuk

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my


ANGGOTA polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sedang memeriksa tempat kejadian mangsa yang ditembak polis di Kampung Guar Sanji, Arau, Sabtu lalu. Gambar kecil, Mohamad Taufik Noorzan. - Foto Bernama
Bukit Aman pantau kes pemuda mati ditembak di Guar Sanji


KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden amuk di Guar Sanji di sini, Sabtu lalu, yang berakhir dengan seorang pemuda, Mohamad Taufik Noorzan, 21, ditembak mati oleh anggota pasukan itu.

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan melakukan siasatan penuh berhubung insiden berkenaan berikutan tindakan yang diambil polis ketika kejadian, dipertikaikan.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pasukan khas yang dipantau sepenuhnya Bukit Aman itu sudah memulakan siasatan kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik yang juga peniaga char koey teow yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji terkena satu das tembakan di dada ketika dikatakan cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau pemotong sayur.

Polis sebelum itu, dilapor melepaskan tembakan amaran ke udara namun lelaki yang dipujuk selama lebih satu jam itu terus bertindak agresif menyebabkan satu das tembakan lagi dilepaskan.

Bagaimanapun, tindakan polis yang melepaskan tembakan ke arah dada yang mengorbankan suspek dipertikaikan dan dianggap tidak wajar, sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis meminta ia disiasat.

"Siasatan awal dilakukan, jelas membuktikan ia bagi mempertahankan diri dan bukan suka-suka melepaskan tembakan," katanya.

-----------------------------------------------
(utusan.com.my)

Polis disyaki cuba pecah rumah diberkas

BATU PAHAT 17 Nov. - Meskipun digantung tugas namun seorang anggota polis masih tidak serik dan terus melakukan jenayah.

Namun perbuatannya itu tidak bertahan lama apabila dia diberkas bersama seorang rakannya kerana disyaki cuba melakukan pecah rumah di Taman Cahaya, Yong Peng, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, suspek berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lagi rakannya berusia 45 tahun di dalam sebuah kereta.

Katanya, seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam sebuah kereta lain bagaimanapun berjaya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis.

"Suspek sebelum ini bertugas di sebuah balai di daerah Gombak, Selangor. Hasil pemeriksaan menemui beberapa peralatan pecah rumah seperti pemutar skru, tukul besi, playar dan sejumlah kunci di dalam kereta itu.

---------------------

yusz felda :

guane PDRM?.. mengamuk tak boleh tembak kaki dia ka?, biaq pecah pun tak apa.. penting nyawa dia juga.. ntah tekan kerja, sebahagian polis banyak guna pengalaman jadi polis, berkas pencuri.. dia jadi pencuri pulak! He he.. apa pun, terima kasih atas usaha PDRM selama ini atas usaha untuk masyarakat.. yang baik kita pakat sokong!

Zaman Nabi saw, sahabat adalah polis.. ok sahaja.. polis yang solat.. takut hanya pada Nabi saw dan Allah.. :)



Tiada ulasan: