Jumaat, November 06, 2009

Banjir di Malaysia, Kelantan, Trengganu!

ARKIB : 06/11/2009

Pantai Timur dilanda banjir, 2,377 dipindahkan

06/11/2009 10:29pm

KUALA LUMPUR 6 Nov — Dua negeri di pantai timur — Terengganu dan Kelantan — mula dilanda banjir musim tengkujuh dengan sejumlah 2,877 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua negeri itu, hari ini.

Jabatan Meteorologi pula petang ini mengeluarkan amaran “peringkat merah” di kedua-dua negeri itu dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad.

Di TERENGGANU, keadaan semakin buruk apabila sehingga pukul 8 malam ini seramai 1,667 orang dari empat daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun telah dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan rumah mereka ditenggelami air.

Besut merupakan daerah paling teruk terjejas di negeri itu dan petang ini dua rumah di Kampung La, Hulu Besut dihanyutkan arus deras akibat limpahan Sungai Besut dan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah itu kini 1,187 orang.

Di KOTA BAHARU, lima daerah kini dilanda banjir iaitu Kuala Krai, Pasir Mas, Machang, Jeli dan Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan sehingga pukul 8 malam ini mencecah 1,210 orang.

Sementara itu di KANGAR, beberapa kampung di Perlis mula dilanda banjir hari ini dengan 100 penduduk daripada lebih 20 keluarga di Kawasan Batu Bertangkup, Panggas dan Titi Tinggi dipindahkan lewat hari ini.

Turut meninjau kawasan yang dilanda banjir lewat hari ini ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

------------- yusz felda :

agaknya rakyat Kelantan akan bergembira dengan kejayaan tema bola mereka masuk final setelah sekian lama mengidam piala berprestij itu.. namun, kegembiraan hanya di stadium TIDAK di rumah mereka.. apa pun, harapnya berhati-hati di mana sahaja.. :)

Tiada ulasan: