Isnin, November 02, 2009

DR. Mohd Asri, isu tauliah. Nabi Isa pun mesti ada tauliah?


Monday, November 2, 2009

(siyasahsyariyah.blogspot.com)

Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa ialah petadbiran dalam negeri-negeri yang dikuasai PR sekarang ialah peninggalan tradisi pentadbiran UMNO/BN.

Tradisi pentadbiran yang diwariskan oleh UMNO/BN kepada PR termasuklah pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri. Dan tradisi pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri ini termasuklah hal-ehwal pentauliahan.

Lembaga Pentauliahan (atau apa jua yang sewaktu dengannya) ini ditubuhkan semasa UMNO/BN memerintah. Tujuannya yang tersirat ialah untuk mencegah siapa sahaja yang tidak sebulu dengan pentadbiran negeri dari mengajar, berceramah atau memberi kulliah kepada orang ramai dalam negeri tersebut. Tak kiralah, sama ada penceramah atau pengajar itu alim, jahil atau bekas maha guru kepada ahli pentauliahan itu sendiri.

Maaf cakap, jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup tetapi tidak sebulu dengan pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri juga akan disekat; dan mungkin ditahan seperti Dr. Asri, mantan mufti Negeri Perlis.

Dr. Asri mungkin dituduh mengajar tanpa tauliah dan pengikut wahabi. Jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup mengajar, mungkin akan ditangkap atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan menyebar ilmu Islam tanpa mazhab.

Kepada mereka yang percaya bahawa Imam al-Mahdi dan Nabi ‘Isa (a.s.) akan kembali ke dunia pada akhir zaman, hendaklah mempastikan supaya mereka berdua tidak mengajar Islam di mana-mana negeri di Malaysia tanpa tauliah dan tanpa mazhab.

,
-------------------------------------------------
yusz felda :

saya sokong artikel ini.. bijak otak doktor ni... tauliah banyak ustaz-ustaz Pas dapat.. tapi dek kerajaan BN pegang.. banyak ditarik balik, percaya tak? last-last banyak jadi pendakwah bebas.. kena susun semula sistem tauliah Jakim?Jabatan Agama Islam Negeri ini..

Tiada ulasan: