Rabu, November 04, 2009

Dr Mohd. Asri Dilepas, apa akan terjadi lepas ni?Pandangan TG Nik Aziz pula..


Rabu 4 November 2009 | 16 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Nik Aziz kesal penangkapan Dr Asri
Rizal Tahir
Tue | Nov 03, 09 | 12:08:22 pm MYT
KOTA BHARU, 3 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Iklan

Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

"Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,"ujarnya lagi

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri," katanya.

-------------------------------- yusz felda : memang isu ni panas.. harap JAKIM dapat mengambil tindakan pantas agar isu tauliah tidak diperbesarkan lagi.. tauliah yang macam mana, orang yang macam mana perlu ada tauliah?

Tiada ulasan: