Khamis, November 05, 2009

Santai-santai : Keranda Berbentuk Telefon?

Keranda berbentuk telefon semakin popular

(www.utusan.com.my)




SEBUAH syarikat membuat keranda di London mendapati banyak produk tersebut ditempah dalam bentuk botol arak dan juga telefon bimbit. Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton memberitahu, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah dalam lingkungan RM11,808 hingga RM35,424 dan terdapat lampu kecil di dalam keranda tersebut.

"Tujuan tawaran ini adalah sebagai pilihan untuk memberi lebih keceriaan kepada peristiwa yang menyedihkan.

"Rekaannya terpulang kepada individu. Saya merasakan ia sesuatu yang berbeza dan mungkin dapat memberi senyuman kepada tetamu pada hari tersebut,'' katanya.

Menurut Crampton lagi, kebanyakan kliennya juga telah memilih rekaan keranda lebih awal sebelum tiba hari kematian mereka.

-------------------------- yusz felda :

" asas kematian.. bernilai komersial.. lihat syarikat2 insurans.. sanggup menawarkan nilai pampasan yang boleh dituntut jika berlaku kematian samada kemalangan, dibunuh dan sebagainya... tapiiii.. mengapa manusia takut mati?.. he he..

Tiada ulasan: