Selasa, November 10, 2009

Gempa Bumi : 6.7 Skala ritcher di Sumbawa, Jakarta

Gempa di Sumbawa, seorang maut (utusan.com.my 10/11/09)


Penduduk bandar Bima memerhati kerosakan berikutan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang menggegarkan pulau Sumbawa, semalam. - AFP


JAKARTA 9 Nov. - Sekurang-kurangnya seorang maut, sementara 80 lagi cedera selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegar Sumbawa di wilayah Nusa Tenggara Barat, awal pagi ini.

Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa kuat itu berpusat 15 kilometer di utara barat laut Raba dekat Sumbawa, dengan kedalaman 18 kilometer.

Seorang pegawai dari agensi meteorologi Indonesia sebelum itu memberitahu Reuters, situasi panik dilapor berlaku di Mataram, daerah yang terletak berhampiran Lombok, di mana gegaran kuat akibat gempa dirasai.

Lombok yang terletak di timur Bali, merupakan lokasi terkenal di kalangan pelancong tempatan dan asing, sementara Sumbawa merupakan kawasan pergunungan yang bergantung kepada aktiviti pertanian. - Reuters

---------------------yusz felda :

" gempa datang lagi.. apakah kita masih tak mengerti segala yang terjadi.. hingga ia datang menjelma di muka pintu kita.. apakah tika itu ada ruang kita memohon diri bertaubat pada Ilahi?"

Tiada ulasan: