Jumaat, November 06, 2009

Boleh Percaya Rosmah Diberi Hadiah RM7 juta oleh Kerabat Aarab Saudi kerana terjumpa...


Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta hargai kejujuran

(www.utusan.com.my)

06/11/2009 3:57pm

PUTRAJAYA 6 Nov. — Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan. -
--------------
mahkamah -akhirat :
timbul keraguan juga isu ini.. siapa boleh buktikan info ini? dia dapat duit banyak.. diserah semula kepada 13 persatuan amal termasuk persatuan isteri wakil rakyat BN pulak.. BN lagi makan duit tu... positifnya pula, kerana kebaikan kita,kejujuran kita Allah akan beri rezki melimpah ruah.. baguslah Rosmah, dapat duit diagih kepada rakyat.. he he.. ada duit lebih ka? beli tudung, tutup aurat bah! hik hik! :)

Tiada ulasan: