Isnin, November 02, 2009

DR. Mohd Asri ditangkap semalam, apa komen Ust Zamihan? Baca dulu, jangan emosi!

Sunday, November 1, 2009(al-ghari.blogspot.com)


Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Anda boleh bayar @ berada dipenjara seketika. Tetapi penangkapan ini memberi petunjuk bahawa anda seorang ustaz yang melanggar undang2 pihak autoriti agama.
Banyakkan bersabar, ada hikmahnya tu.

KRONOLOGI TANGKAPAN

Kira kira jam 10mlm tadi saya diberitahu seseorang bahawa pihak JAIS sedang mengawasi satu ceramah yang diadakan di rumah persendirian no: 2, lorong 2C, Tmn Sri Ukay. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib itu dibuat atas permintaan pengikut-pengikutnya yang berasaskan kepada metodologi kaum muda atau golongan salafi. Ceramah ini dibuat dirumah persendirian memandangkan Dr Asri tidak lagi dibenarkan menyampaikan ceramah di surau al-Mujahirin ekoran ceramahnya yang kontroversi dan dibantah AJK Masjid serta sebahagian penduduk. Lalu aktiviti ceramah berkenaan dibuat di dalam rumah pengikut beliau yang loaded dengan bilangan hadirin melebihi 50 orang. Lazimnya, penganjur perlu mendapatkan permit polis. Tetapi tidak berbuat demikian. Dan Dr asri pula memang dikenali dengan penceramah yang tidak memiliki tauliah di sekitar Selangor dan Wilayah. Justeru, tindakan JAIS mempunyai justifikasi yang jelas.

Sumber terdekat memberitahu tuan blog bahawa pihak penguatkuasa JAIS telah dimaklumkan lebih awal tentang kuliah Dr Asri. Kelibat para pegawai penguatkuasa JAIS mula kelihatan sejak jam 8 malam lagi. Namun sebahagiannya berada diluar luar lokasi serbuan. Dan sebahagian pula masuk untuk mengikuti ceramah al-Fadhil Dr Asri. Lalu beliau berceramah panjang lebar dengan penuh bersemangat tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa berkenaan. Memandangkan ramai audien yang hadir dan dikhuatiri menganggu operasi, maka pihak JAIS menunggu sehingga tamat sesi ceramah. Serta memohon bantuan balai polis Ampang untuk tampil membantu mengawal keadaan. Akhirnya, tibalah sepasukan polis dengan 11 buah kenderaan rasmi ke lokasi ceramah berkenaan.

Setelah tamat sesi ceramah, salah seorang pegawai JAIS tampil memperkenalkan diri dan meminta Dr Asri menunjukkan tauliah atau permit ceramahnya. Beliau kelihatan pucat.. terkejut dan gagal menunjukkan sebarang dokumen. Keadaan menjadi gawat seketika dengan campurtangan pengikutnya. Tetapi dapat ditenangkan dengan kehadiran pegawai polis. Akhirnya, Dr asri didapati bersalah kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Apabila beliau hendak dibawa keluar dari lokasi ceramah, maka para pengikutnya mula bersikap agresif seakan-akan mahu menahan penjawat awam dari menjalankan tugas. Hasilnya, berlaku perbincangan yang panjang lebar antara pegawai penguatkuasa, Dr Asri, Pegawai polis, tuan rumah, seorang YB PKR dan individu yang dikatakan peguam syar'ie. Sehingga jam 12mlm tadi, barulah Dr Asri dapat di bawa keluar dengan van JAIS dan diiringi kereta peronda polis menuju ke balai Ampang untuk diambil keterangan selanjutnya. Wajah tuan doktor kelihatan merah padam. Sewaktu beliau dibawa keluar, terdengar suara anak didiknya (anak tuan rumah) memekik kepada penduduk tempatan : "Haa..baru puas hati korang ya..." - tanda wujudnya murid fanatik hasil didikan sang guru.


Bagi saya, JAIS telah bertindak tepat dalam hal ini berdasarkan peruntukan undang2 yang sedia ada. Sesiapapun patut ditahan dan didakwa jika mengajar agama tanpa tauliah walaupun individu berkenaan bertaraf profesor mahupun Doktor Phd. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian fahaman dan amalan agama di Malaysia. Jangan biarkan urusan agama kita mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tertentu. Apatah lagi, jika kumpulan berkenaan kerapkali menghuru-harakan fahaman dan pegangan umat Islam dengan fahaman wahhabi, syiah, liberal atau fahaman sesat di negara ini. Kumpulan ini perlu diajar. Dan tindakan undang2 adalah ajaran terbaik kepada mereka.

Suka diingatkan bahawa sesiapa sahaja yang bersikap ekstrem dan melampaui batas memang wajar di hukum. Jangan ingat urusan agama di negara kita ini tidak bertuan. Jangan ingat anda bebas memanipulasi agama secukup rasa dan mencetuskan ketegangan agama di negara ini. Penangkapan ini membuktikan kepada kita bahawa pemikiran Dr asri adalah banyak mencetuskan kerancuan kepada ummat ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku benar2 menjadi pengajaran kepada beliau untuk menjadi seorang yang beradab. Membolehkan beliau lebih berhati-hati menulis, menyampaikan ceramah dan adil dalam mengkritik golongan yang tak sependapat dengannya. Insaflah wahai mereka yang cuba menghuru-hara agama. Kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita berjalan menuju Allah SWT.

MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH

MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH

Tiada ulasan: