Khamis, November 12, 2009

Letak Jawatan kerana rakam pertemuan tetutup Pj Selangor?

Ketua Pemuda PAS Shah Alam nafi letak jawatan kerana tekanan parti PDF | Print | E-mail
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ketua Pemuda Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron menafikan perletakan semua jawatannya di peringkat negeri dan pusat adalah disebabkan krisis dalaman parti seperti yang dilaporkan beberapa media pro BN.

Sebaliknya beliau memaklumkan, perletakan jawatannya di kedua-dua peringkat itu adalah kerana mengikut isterinya yang mendapat tawaran belajar di luar negara. Beliau juga membuat keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama setelah menemani isterinya.

Beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor, dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat.


Manakala jawatan sebagai ketua pemuda akan dipangku oleh timbalannya.

"Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda Shah Alam pula akan dipangku oleh timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Sebelum ini, beberapa media pro Umno melaporkan bahawa beliau meletak jawatan selepas mengaku kesilapan merakam pertemuan tertutup Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali dengan barisan Pemuda negeri yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tetatertib PAS Pusat.
-------------------------------------
yusz felda :

mudahan isu ini selesai.. bagus juga lah orang ramai jadi nak tahu perkembangan..

balik-balik ada kaitan dengan Dr Hassan Ali.. sampai orang UMNO beritau akan ada usul undi tidak percaya kepada Dr Hassan nanti di DUN.. ntah la puak-puak ni...

Tiada ulasan: