Hujan yang turun bagaikan mutiara.. walaupun jauh dari Bandar Tawau (110km).. namun, ianya melahirkan ramai pelajar cemerlang akademik dan sukan.. ada 3 blok sahaja yang sedang digunapakai pihak sekolah.. 2 blok belajar dan 1 blok pentadbiran.. keceriaan sekolah ini memamg mengujakan tetamu yang hadir..
Tahniah buat Pengetua, guru-guru,KTBM dan semua pihak yang terlibat membangunkan sekolah ini walau jauh dari Tawau! :)
Ini 2 blok dari 3 blok kabin yang segera disiapkan oleh kerajaan pusat.. blok ke 3 melintang di antara 2 blok tersebut (nampak sikit dalam gambar) namun, kesediaan menerima pelajar Tg 4/2010 belum dapat dipastikan lagi.. bukan material kayu digunakan.. segalanya menggunakan zink, tiang besi konkrit.. difahamkan pokok-pokok di tebang.. tiada jentolak digunakan memandangkan jalan masuk ke kawasan pembinaan ini dihalang oleh blok kelas...
Jika diteliti dalam gambar di atas, memang menarik bangunan bewarna 'tea tarik' tersebut.. itulah dia 1 daripada 3 blok baru 'kabin' kelas Tingkatan 4/2010 pelajar SMK Kalabakan.. 2009 belum siap.. saya berpeluang melihat dan meninjau kawasan blok tersebut.. memang ia dibina dengan segera. Projek Mee Segera! he he.. tak siap-siap lagi tu.. meja, kerusi, alatan kelas belum tiba.. alatan pembinaan, pendawaian elektrik masih ada di kawasan pembinaan.. ramai kawan-kawan guru di sini bila saya ajukan soalan berkaitan, semacam berat sahaja respon yang ingin mereka berikan.. seolah-seolah 'boring' dengan keadaan yang terumbang ambing ini.. Betul! Jika blok baru ini siap, maka 'bebanan' ibubapa/penjaga pelajar Tg 4/2010 kurang.. ya lah.. tak perlu buang duit, masa, tenaga dsb menghantar anak jauh belajar.. susah lagi pemantauan..
Kelihatan beberapa orang pelajar berjalan masuk (bukan pulang) ke sekolah.. tiada pagar rasmi.. tiada pintu masuk rasmi ke sekolah.. hingga kini difahamkan masih ada pelajar datang ke sekolah melalui jalan pintas di bawah pohonan pokok-pokok tinggi milik tanah rezab kerajaan yang belum diwartakan sebagai TANAH KERAJAAN PERSEKUTUAN! Bahaya memang.. binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya menjadi ujian buat pelajar SMK Kalabakan ini.. sayu hati melihat fenomena alam ini.. Kelihatan bangunan sekolah dari kejauhan yang dibina dengan kayu sahaja.. ntah bila akan bermula projek pembinaan bangunan baru berkonkrit? Pelajar akan menyambung pelajaran ke SMK Umas-Umas (48 kilometer) @SMK Merotai, Tawau (76kilometer dari Kalabakan) di Tingkatan 4 kerana pembelajaran di sini hanya setakat Tingkatan 3 sahaja. Kebiasaannya pelajar Kalabakan akan menginap di asrama jika mereka berpindah ke sekolah baru memandangkan jarak rumah mereka ke 2 buah sekolah tadi jauh.. * mungkin fenomena ini tidak terdapat@jarang terdapat di Semenanjung yang mana jarak antara satu sekolah dengan sekolah lain tidaklah sampai 48kilometer-76 kilometer.. kan kan?
* papan tanda masuk ke SMK Kalabakan, Tawau.. jarak dari Felda Umas ke sini 48kilometer.. jarak SMK Umas-Umas, Tawau ke Tawau 67 kilometer.. oleh sebab itu SMK Kalabakan jauh ke barat SMK Umas-Umas, Tawau 110kilometer.. bayangkan kecekalan pendidik dan kakitangan sekolah ini yang berulang alik ke sekolah khasnya kerana menghadapi masalah penginapan dan bekalan air bersih.. fenomena air bersih dan berlarutan dalam tempoh 2 penggal Ahli Parlimen Kalabakan DSP Abd Ghafur B Hj Salleh memerintah.. em.. keluhan rakyat sampai ke mana? .. apakah rakyat Kalabakan sendiri menolak pembangunan hingga terjadi jalan pintas baru ke Keningau? hinggalah menolak segalanya dan akhirnya kesan menimpa anak-anak serta cucu cicit mereka sendiri yang ingin melihat sekolah tempat belajar setaraf dengan sekolah-sekolah di Tawau.. apakah susahnya kerajaan ingin membina sekolah batu berkonkrit, sedang jalan utama kini bertar hingga ke Tawau.. tiada lagi masalah untuk membawa bahan-bahan pembinaan ke sini... itulah yang menjadi tanda tanya saya dan rakan-rakan...
* semua gambar dirakam ketika berpeluang mengawas PMR 2009 baru-baru ini. T/kasih pihak sekolah yang menyediakan udang galah sebagai jamuan t/hari sebelum hari akhir mengawas.. sedap!!! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan