Ahad, November 08, 2009

Kelantan Usaha Lagi! Peminat Tak Marah... :)

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia




SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

------------------------- yusz felda :

memang nampak usaha Kelantan mencari gol.. namun, kelebihan mengawal permainan dan ketajaman serangan N9 membuatkan benteng pertahanan Kelantan kerap 'robek' dan dikerjakan sehabis-habisnya oleh musuh!

Apa pun, Kelantan sudah meningkat imej persembahan dan tak mustahil tahun hadapan stadium Kelantan akan dipenuhi peminat 'fanatik'nya untuk misi 2010!!!


Tiada ulasan: