Ahad, November 08, 2009

Apa jadi sekalipun, bersama PAS& Pakatan rakyat!




Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 7 Nov : "Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

"PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

"Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini.


"Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya.

Sementara itu, beliau terut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini

"Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini.

"KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam.

"Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya

Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).
------------------

yusz felda :


apa nak jadi, kita bersama Pas& Pakatan Rakyat.. jika ada yang tak betul kat PKR, DAP.. pakat bincang elok2.. mereka tidak macam PAS yang jelas mempertahankan agama Islam.. maka sudah tentu ahli-ahlinya kena memelihara 'imej Islam' itu agar dihormati rakan Pakatan Rakyat dan musuh BN!

Tiada ulasan: