Isnin, November 09, 2009

Dunia Islam : Apakah kanak-kanak akan terus menjadi mangsa.. di mana silapnya?

Serangan berani mati, datuk bandar maut (utusan.com.my)


Seorang lelaki memegang anak perempuannya yang terbunuh dalam serangan bom berani mati di kampung Matni, manakala neneknya (kanan) meratapi mayat cucunya di dalam van di hospital Lady Reading di Peshawar, semalam. - Reuters.


PESHAWAR 8 Nov. - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, termasuk datuk bandar tempatan dan 36 lagi cedera dalam serangan letupan kenderaan oleh pengebom berani mati di barat laut bandar ini, hari ini.

Ketua pentadbiran daerah, Sahibzada Anis berkata, pengebom berani yang menggunakan kenderaan meletupkan dirinya ketika datuk bandar berdiri bersama-sama beberapa pelawat lain di luar rumah tetamu berhampiran pasar ternakan.

Sementara itu, ketua polis Peshawar, Liaqat Ali Khan berkata, pengebom itu menjadikan datuk bandar Adizai, Abdul Malik sebagai sasaran.

Pakistan sedang melancarkan serangan besar-besaran di barat laut negara ini, kawasan persembunyian kumpulan pemberontak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), menyebabkan kumpulan militan bertindak balas melakukan pengeboman dan serangan berani mati yang mengorbankan banyak orang awam. - AFP
------------------------------------
yusz felda :

" tengok orang tua mati.. ok lagi.. bila tengok budak-budak, sayu dan sebak.. teringat macam mana jika anak kita begitu? ntah pengsan 1000X kot?... :((((((

Tiada ulasan: