------------------------------------
Harakahdaily |
SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan. Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini. Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998. Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega. Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.
Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.
------------------------------------------------ mahkamah-akhirat: HIDUP HIDUP! HIDUP PAKATAN RAKYAT! SELANGOR MAJU DI BAWAH ISLAM & PAKATAN RAKYAT! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan