Isnin, November 02, 2009

DR. Mohd Asri, tangkapannya menimbulkan fitnah?

Isnin 2 November 2009 | 14 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Tangkapan Dr Asri, Jais tidak profesional
Harakahdaily
Mon | Nov 02, 09 | 11:13:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Iklan

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan Jais kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.

"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu.

"Saya sangat kesal...sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,"jelasnya dalam laman blog peribadinya hari ini.

Tambahnya, jika soal tauliah menjadi alasan, maka sepatutnya pihak Jais boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil, bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan.

"Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA, MA dan Phd,"ulasnya lagi.

--------------------------- yusz felda :

teringat dulu belajar di Jordan, 1994 sampai di Jordan disambut oleh Ust Asri (Dr Mohd Asri)dan pimpinan PPMJ (Persatuan Pelajar Malaysia Jordan), dan tak lama PPMJ dibubar gara-gara ada pihak tidak puas hati dengan pengaruh politik pembangkang..


Image


Tiada ulasan: