14 tertimbus, tanah runtuh(utusan.com.my 10/11/09)
JAKARTA 9 Nov. - Hujan lebat mengakibatkan berlaku beberapa insiden tanah runtuh di Sulawesi sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 penduduk terkorban dan ramai lagi mangsa yang dilaporkan tertimbus.
Hujan juga mencetuskan banjir lumpur besar yang menimpa 20 buah rumah di pinggir bandar Palopo, wilayah Sulawesi Selatan, kata datuk bandarnya, Pateddungi Tenri Ajeng, hari ini.
Pasukan penyelamat setakat ini berjaya mengeluar 14 mayat dari celah runtuhan dan serpihan di sebuah kawasan kejiranan, semalam.
Polis, askar dan penduduk tempatan masih meneruskan usaha mencari sejumlah penduduk yang masih hilang.
Tenri Ajeng berkata, beberapa tanah runtuh turut menyekat laluan menuju ke bandar.
Media tempatan melaporkan, banjir selama beberapa hari juga menghalang akses ke beberapa perkampungan dengan lebih 3,600 buah rumah ditenggelami air dan memaksa penduduk lari ke tempat yang lebih tinggi.
Tanah runtuh dan banjir meragut banyak nyawa setiap kali musim monsun di Indonesia, negara kepulauan dengan populasi 235 juta orang. - AP
---------------- yusz felda :
kasihan kerajaan Indonesia.. dihujani ujian Allah... apakah pihak kerajaan jadikan ini sebagai 'pengajaran' atau hanya 'gurauan kehidupan' sahaja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan