Isnin, November 09, 2009

Isu MCA : Najib sendiri mengingatkan rakyat mungkin akan tolak MCA, jika...


Najib: Pengundi mungkin tolak MCA jika krisis berlarutan

Nov 8, 09 2:49pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.

Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.

Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang.

-------------- yusz felda :

najib nak tolong MCA tu.. tapi dia sendiri kena orang tolong juga... kes al-tantuya nak buang di mana PM? MCA pun tau kes ni.. la ni pakat tolong menolong la dalam hal 'kejahatan'? he he..

tengok muka najib> risau ja.. apakah P/raya 2013 nanti kerahan tenaga, wang ringgit, jentera Kerajaan akan diguna sehabis nya??? muah muah!

Tiada ulasan: