Ramai juga di kalangan umat islam yang beranggapan bahawa raya haji & Idul Adha hanya menumpang sahaja.. meraikan orang pergi Haji.. kita di M'sia kalau tak bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat puasa 9 zulhijjah tak apa.. tak sembelih korban pun tak apa.. buat macam biasa cuma baju, MESTI BARU! He he..
Kerana kurang rujuk ustaz, alim ulamak.. kurang baca buku.. kurang beli buku.. kurang pergi kuliah.. bila kurang bab-bab ilmu ini.. maka, ibadat yang besar seperti yang ramai faham ini.. akan dirasakan tiada makna besar selain bergaya dengan baju mahal! Cuti pun kerajaan tak gazet/wartakan banyak hari seperti Raya Puasa! Ramai yang mengeluh.. cuti 1 hari sahaja.. kebetulan tahun ini kena hari Jumaat.. jadi, boleh la cuti Sabtu dan Ahad.. cuba bayangkan jika Raya Haji jatuh pada hari Khamis.. ntah-ntah Jumaat ada yang kena kerja semula... rata-rata masjid sunyi berbanding raya Puasa! Kenapa? anak-anak muda beraya di kilang! he he... nak pulang tak padan, cuti 1 hari kan...
Itulah sebabnya dari diri yang kurang ilmu, masyarakat, akhirnya pimpinan negara.. bukan kah kita Negara Umat Islam.. apa salahnya hari Raya Haji macam raya puasa... bukankah kita ada 4 hari untuk ibadat Korban? bukankah ada 4 hari disunatkan bertakbir! Alangkah indahnya bertakbir bersama keluarga...
tapi apa yang berlaku, anak-anak muda beraya bersama mesin/jentera kilang.. he he.. kalau betul kita sayangkan Ringgit Malaysia, ikut Islam... biarkan cuti 4-5 hari, untuk tegakkan syiar Islam.. semua bersama keluarga, rakan, sahabat handai, maka wujud ukhwah antara Umat Islam bahkan saudara bukan Islam turut diundang ke rumah...
insya Allah kerugian tidak kerja 4-5 hari akan ada GANTINYA di sisi Allah bahkan diberkati usaha kita tadi. Kan kan? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan