Selasa, November 24, 2009

Jenayah : 7 juta dilarikan.. kasihan Kedai Pajak Gadai Islam Perlis

Kedai pajak gadai Islam rugi rm7 juta (utusan.com.my)

KANGAR 22 Nov. – Sebuah kedai pajak gadai Islam di Taman Sena Indah dekat sini kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7 juta serta wang tunai sebanyak RM68,000 akibat dimasuki pencuri.

Ketua Polis Daerah Kangar, Pemangku Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam tadi dan awal hari ini.

Katanya, pencuri memasuki premis itu melalui pintu belakang yang diumpil dan melarikan barangan kemas dan wang tunai itu.

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu pukul 12.30 tengah hari daripada kakitangan kedai itu.

Menurutnya, setakat ini polis belum mengenal pasti suspek dalam kejadian itu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pencuri secara berkumpulan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

— Bernama

------------------------- yusz felda :

"hanya hukum Jenayah islam sahaja dapat selesaikan.. jika mencuri.. dipotong tangan... barulah akan insaf kerana ada keberkatan pada hukuman itu.. susah ka mahu laksanakan???"

Tiada ulasan: