Jumaat, November 20, 2009

Tragedi Jambatan Runtuh di Perak, keluarga saman Kerajaan RM105 juta?

TERKINI

Jambatan runtuh: Keluarga saman kerajaan

RM105 juta (utusan.com.my)

20/11/2009 4:59pm

IPOH 20 Nov. - Keluarga tiga mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang memfailkan saman RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 responden yang lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. - Utusan

----------------------------------------

Keluarga 3 mangsa jambatan runtuh fail saman

RM105 juta (bharian.com.my)

IPOH: Keluarga tiga mangsa kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang 26 Oktober lalu memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini.


Mereka turut menamakan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Perak, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, SJKT Gopeng, syarikat GS Synergy Sdn Bhd yang dikatakan menaja pembinaan jambatan itu, CWL Enterprise yang dikatakan sebagai kontraktor terbabit dan pihak lain yang berkaitan sebagai responden.

Mereka diwakili oleh peguam A Sivanesan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungkai.


Dalam writ saman itu, keluarga ketiga-tiga mangsa mendakwa responden melakukan kecuaian sehingga N Dina Deve and M Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V Divyashree, 12, lemas selepas jambatan gantung yang dilalui tiba-tiba runtuh ke Sungai Kampar ketika menghadiri kem 1Malaysia di tapak perkhemahan dekat Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar.

-------------

yusz felda :


" memang salah sangat la siapa yang buat jambatan tu.. takkan nak salahkan budak-budak yang bergoyang-goyang di atas jambatan tu.. apa la punya jawapan nak lepas lari ler tu.,.. "


Tiada ulasan: