Ahad, November 22, 2009

Datuk Husam : Pandangan Mohd Sayuti Omar

Rupa-Rupa Husam JugaSakit Belakang

http://msomelayu.blogspot.com/

Sunday, November 22, 2009


MINGGUAN Malaysia hari ini membuat spekulasi Husam bin Musa akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Laporan itu menyebut Husam telah memaklumkan hasrat itu kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Selasa lalu dalam pertemuan empat mata! Menurut laporan itu Nik Aziz menolak hasrat Husam itu, bagaimana pun Nik Aziz menerima penjelasan Husam yang beliau tidak terlibat dengan kemelut dalam PMBK.

Bagi saya sedikitpun tidak mempercayai laporan berkenaan, kalau Husam hendak berhenti. Sebelum ini telah pernah berlaku Husam nak letak jawatan. Apabila disiasat ianya hanya sebuah lakonan sahaja. Jadi...? Kepada yang tak faham politik kena faham baik-baik laporan berkenaan. Jangan pula tersalah sangka dari jangka!

Laporan itu memetik sumber dalaman. Sumber dalam? Siapakah yang memaklumkan kepada Mingguan? Tidak mungkin Nik Aziz sendiri memaklumkan melainkan orang yang melihat pertemuan itu kemudian memberi tahu akhbar berkenaan. Ada dua saja pegawai yang berlegar di pejabat MB yang mungkin mengetahui pertemuan itu, Setiausaha Akhbar atau Setiausaha Politi. Mungkin ada yang menyuruh agar akhbar membuat spekulasi demikian untuk melihat reaksinya!

Denyut sakit gaout saya hilang sebaik membaca berita berkenaan. Semalam lagi apabila mendengar laporan Astro Awani dan membaca beberapa portal berita saya sudah mula tersenyum mengenangkan telatah Husam dan orang kuatnya Ahmad Zakid Ibrahim (foto) yang juga Setiausaha Perhuhungan Pas Kelantan yang cuba memberi justifikasi di atas ketidak hadiran Husam dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di JKR 10.

Dalam laporan portal berita (mstar online) semalam, Zaki memberi tahu Husam tidak hadir mesyuarat perhubungan kerana beliau sakit dan berada di ward. Mungkin ramai peminat Husam terperanjat apabila mendengar penjelasan Zaki itu. Mereka dari Perak barang kali sudah pun sampai ke Kota Bharu untuk menziarahi Husam pagi ini.

Saya harap kenyataan Zaki ini tidak disalah petik dan beliau akan menafikan hari ini. Kenyataan Zaki itu jelas sekali bohong atau 'belawak'. Saya tidak tahu kenapa kalau beliau harus tipu demikian rupa. Nampak sangat di sini tidak ada keselarasan dalam memberi maklumat kepada media berhubung kedudukan Husam. Apakah tidak ada brainstorming terlebih dulu?

Kenapa saya kata Zaki 'belawak' (bohong), kerana semalam Husam tidak berada di mana-mana katil di hospital tetapi berada di majlis simposium nasional anjuran Parti Keadilan Rakyat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Husam juga adalah salah seorang ahli panel di simposium itu. Kalau beliau sakit kenapa boleh hadir simposium parti lain, tetapi sakit untuk menghadiri mesyuarat badan perhubungan Pas?

Hal ini ini juga ada dilaporan oleh beberapa portal berita. Husam juga dilihat dalam Astro Awani memberi penjelasan mengenai ketidakhadirannya. Menurutnya beliau sakit belakang. Sakit belakang ini dialami sejak empat bulan lalu. Jangan-jangan sakit macam Anwar kot yang memerlukan pembedahan di Jerman? Menurut Husam arahan cuti selama lima hari seperti mana dilaporkan bukan dikeluarkan Menteri Besar Kelantan, tetapi doktor yang merawatnya.

Iya tak ya juga, kalau kerana sakit anggota Nik Aziz tidak berkelayakan untuk memberi cuti kepada Husam. Nik Aziz hanya layak memberi cuti sekiranya Husam mengalami krisis dan skandal politik. Selalunya orang politik kalau ada masalah dia akan diberikan cuti untuk menenangkan fikiran sebelum kembali bertugas semula. Mungkin juga Husam ini sakit dua-dua sekali, anggota dan sakit politik!

Bab menjaga kesihatan ini memang saya tahu, Husam seorang yang mengambil besar ke atas kesihatnnya. Satu masa semasa berceramah di Melaka dan Negeri Sembilan dalam rangka berkempen untuk tanding Naib Presiden Pas tahun 2005, beliau pernah berkejar ke hospital kerana merasa kurang selesa. Malam itu juga beliau terpaksa berihat di ward dan menyebabkan saya terpaksa pulang bersendirian ke Kuala Lumpur jam 3:00 pagi. Esok bila saya telefon dia kembali sihat dan sedang menikmati nasi dengan ikan masak pedas Melaka bersama Pesuruhjaya Pas Melaka, Ghani Abdul Rahman. Itulah Husam.

Dan kalau belakang Husam sakit, saya juga tidak hairan. Mungkin kerana lama sangat duduk di kerusi menyebakan belakang lenguh-lenguh dan pegal. Saya tidak tahu apakah dia memerlukan kerusi khas untuk menjamin kesihatannya. Kerana kalau naik kapal terbang Husam tidak begitu gemar duduk di kelas ekonomi kerana ruang duduknya sempit. Sebab itulah dia terpaksa ke ruang kelas pertama. Katihnya panjang sangat!

Dan kalau betul belakangnya sakit, saya tidak hairan. Kerana dia seorang yang kuat berkerja. Kalau masa mula-mula jadi Exco dulu dia duduk di pejabat sampai lewat malam. Kadang-kadang bila saya call dia, dia masih di pejabat bersendirian menyemak mana-mana fail dan buat apa-apa yang perlu.

Dalam kenyataa kepada Asro Awani semalam Husam juga ada menyebut soal percutian beliau telah dimanipulasikan untuk memfitnah beliau ingin melepas jawatan. Menurutnya ada kospirasi hendak memecahkan beliau dengan Nik Aziz. Konspirasi ini adalah untuk memudahkan menjatuhkan kerajaan Kelantan ditumbangkan. Konspirasi ini dakwannya dilakukan orang luar!

Ada kuliha juga alasan dan hujah yang diberikan Husam itu. Di pihak Umno merasakan selagi Nik Aziz bergabung dengannya sukar untuk mereka menjatuhkan Pas di Kelantan. Gambaran itu secara tidak langsung menunjukkan kekuatan Pas Kelantan hari ini disebabkan adanya Husam. Apa yang hendak diceritakan kalau tanpa Husam Pas Kelantan akan tumbang.

Tetapi dalam hal ini Husam juga perlu sedar bahawa beberapa tindak tanduknya dan pembawaannya sendiri menyebakan wujud ruang membolehkan orang marah dan cemburu kepadanya. Kalau konspirasi itu benar, maka orang yang menyediakan ruang untuk itu ialah beliau sendiri. Manusia apabila terlalu suka dan berkuasa kadang-kadang dia lupa apa yang dia buat memberi kesan dan impak kepada dirinya sendiri.

Saya telah memberi gambaran ini sejak lama dulu kepada beliau supaya menutup kelemahan beliau jangan sampai diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Perkara paling penting yang saya tekankan ialah ialah sikap dan pewatakannya yang kurang mesra alam dan ego. Sifat dan sikap lempar batu sembunyi tangan dan tidak bertanggungjawab ke atas sesuatu yang menimbulkan risiko adalah sikap Husam yang kurang disenangi oleh banyak orang dalam Pas. Nampaknya beliau tidak sedia mengubah perangai buruk ini.

Tanpa prejudis, saya optimis kalau Husam boleh memperbaiki keadaan ini dia boleh jadi pemimpin Pas terbaik di Kelantan sebagai mengganti Nik Aziz Aziz. Tetapi mungkin tidak terlaku olehnya kerana ia sudah mengheret dirinya jauh ke lembah persepsi buruk terhadapnya.

Bagaiaman pun saya masih tetap percaya Husam masih diperlukan untuk Kelantan. Sekiranya ada niat untuk Tok Guru Nik Aziz hendak memecatnya, pada saya itu tidakan yang bukan baik. Apa yang Tok Guru perlu lakukan ialah menyusun semula Exco untuk memberi kesedaran kepada Husam. Dalam konteks ini Nik Aziz perlu menguji sejauh mana kesetiaan dan kewala'kan Husam kepada Pas. Di Kelantan hanya Husam saja yang belum pernah diuji kaji oleh Tok Guru menerusi pemecatan jawatan ataupun pengguguran jawatan Exco.

Hampir semua pemimpin Pas di Kelantan telah melalui musim-musim perit dengan Nik Aziz. Alhamdulilah mereka semua dapat bertahan dan terus setia bersama Tok Guru. Antara mereka yang diuji ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Abdul Fatah Haron, Takiyuddin Hassan, Wan Ismail Wan Jusoh dipecat dari Dewan Harian Pas, Zulkefli Mamat, Hassan Mahmood, Zulkefli Mamat, Abdullah Yaacob dan Nik Mazian Mohamad dipecat dari Exco. Wan Nik Wan Yusuf, Bunyamin Hamzah digugurkan dari menjadi calon. Ternyata mereka menerima pemecatan yang dianggap ujian ini dan terus setia dengan parti.

Adapun Husam dan Mohd Amar Abdullah masih belum pernah melalui ujian daripada Nik Aziz. Maka adalah elok kalau Nik Aziz berbuat sesuatu ujian bukan bertujuan hendak nyahkan beliau tetapi memberi terbiah dan pengajaran demi masa depan politiknya yang lebih gemilang dan mampan lagi. Ujian itu juga untuk diketahui sejauh manakah cinta Husam kepada parti dan sekuat manakah jiwanya dalam perjuangan. Terusan melayan Husam seperti anak bongsu ternyata telah menimbulkan masalah baik kepada Tok Guru dan Husam sendiri. [wm.kl. 8:30 am 22/11/09]
--------------------------------------------

yusz felda : menarik pandangan Tuan blog ini.. tersendiri... membuka minda kita dalam memberi respon dalam sesuatu isu..

Tiada ulasan: