Ahad, November 15, 2009

Rombakan Kabinet & P/raya Kecil di Sabah?


SEKURANG-KURANGNYGA satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam waktu terdekat menjelang rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet Malaysia bagi memberikan beliau peluang untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dalam perbicaraan kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Mahkamah Tinggi Hong Kong baru-baru ini, seorang saksi utama menyebut nama seorang VVIP daripada Sabah sebagai pemilik wang $16 Juta Dolar Singapura yang cuba di seludup keluar Michael Chia Tien Foh daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Nama saksi berkenaan terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan, namun dengan penglibatan VVIP berkenaan dalam kes jenayah terancang antarabangsa yang sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) sejak tiga tahun lalu, akan menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melakukan beberapa rombakan Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri Sabah.

sumber: Minda Rakyat
-------------------------------- yusz felda :

" harap-harap p/raya kecil la.. boleh ada laluan Pakatan Rakyat menguji kepercayaan rakyat terhadap imej pakatan selama ini.. boleh mem'promosi' pakatan di mata orang Sabah...

Tiada ulasan: