10 pelajar asing ditahan, dadah bernilai RM63,000 dirampas (bharian.com.my)
SHAH ALAM: Sepuluh pelajar rakyat asing yang disyaki mengedar dadah jenis heroin dan ganja, ditahan dan polis merampas 1,280 gram dadah yang dianggar bernilai RM63,000 dalam dua operasi di sekitar Lembah Klang, semalam.
Dalam operasi pertama, polis menahan empat lelaki rakyat Nigeria serta merampas dua bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 925 gram ketika membuat pemeriksaan di hadapan sebuah hotel di Subang Jaya, jam 8.45 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 23 dan 28 tahun itu dan menuntut di kolej berasingan sekitar Lembah Klang itu, disyaki mengedar dadah untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata ujian air kencing yang dijalankan terhadap keenam-enam mereka mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis ganja.
Nordin berkata polis mendapati ramai penuntut asing terutama rakyat Nigeria terlibat dalam pengedaran dadah dan sejak awal tahun ini, polis mengesan lebih 20 kes seumpama itu. - Bernama
------------- yusz felda..
" sepanjang pengalaman menjadi pentadbir sekolah.. isu warga Indonesia/Philipina yang tidak dapat menyambung pelajaran di sekolah rendah mahupun menengah memang meruntun hati hiba.. apatah lagi mereka mempunyai potensi berjaya dan cemerlang mengalahkan warga Malaysia. Apa !salahnya warga asing ini dibenarkan bersekolah, dengan bayaran!
Ya mesti la bayaran sebagai cagaran mematuhi akta dan peraturan... ilmu hendaklah dituntut berdasarkan kehendak Islam dan Rukunegara.. bayangkan.. permulaan mengenal huruf/hejaan/membaca/mengira/menulis hanya terbatas di pra sekolah yang 'kurang' menitik berat isu warga asing.. hanya itu sahaja ilmu yang perlu mereka tuntut?bila hendak menyambung ke sekolah kerajaan seawal usia 7 tahun TIDAK dibenarkan OLEH KERAJAAN alasan? Bukan Warganegara..
Zalim.. zalim.. sepatutnya kerajaan BOLEH benarkan mereka belajar hatta ke Menara Gading.. cuba lihat isu di atas tadi, kerajaan benarkan warga asing belajar dalam negara, namun datang melakukan aktiviti haram! Kiranya kita faham bahawa kuasa membenarkan pelajar asing belajar di Malaysia terletak di bawah kuasa KERAJAAN sahaja.. apa salahnya seawal usia 7 hingga 21@22 tahun juga mereka dibenarkan berada di sekolah kerajaan dengan BAYARAN???UT
Hak menuntut ilmu di mana dan pada waktu bila adalah hak manusia, betul? siapa boleh menafikan hak ini? Nabi saw berpesan : TUNTUTLAH ILMU ADALAH FARDHU BAGI SETIAP MUSLIM".Dan 'sebarkan dari Ku walau sepotong AYAT"..
Harapan saya, kerajaan menyahut SARANAN saya ini! Ameeeennnn....
Jika dalam isu 'kesihatan".. warga asing boleh bayar kos.. mengapa dalam isu yang Allah sebutkan " IQRA' " INI bolehnya dilupakan pemerintah??? isu pelajaran, bukan soal wang ringgit ukuran.. warga asing boleh bayar kerana mereka juga mahu anak-anak membesar menjadi orang berguna.. bukan sahaja mereka menghormati KERAJAAN bahkan akan menjaga nama baik Malaysia jika pulang ke kampong asal Indonesia atau Philipina..
Memang saya sensitif isu ini... dah lama saya terlibat dan memang sedih la.. tiba-tiba pelajar yang dapat terbaik dalam pelajaran DIHENTIKAN haknya dalam sekolah.. sedang rakan-rakan mereka (WARGA MALAYSIA) bergembira hisap rokok, syabu, mencuri, bergaduh...
SIAPA MAHU BAYAR KOS KESEDIHAN MEREKA???
* siapa yang pangkah BN/mengundi BN dalam p/raya, kira bersubahat la dalam
Isu Kezaliman BN Dalam Pendidikan.. tuan/puan telah melakukan kezaliman sesama manusia dengan memilih BN.. memang kita tak suka warga asing ditindas.. tetapi segala keputusan dibuat oleh wakil rayat yang kita pilih di Parlimen!
Tuan /Puan pandai atau kurang pandai jika pilih BN?
Ada yang hendak marah saya? silakan, itu hak Tuan/Puan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan