Ahad, November 29, 2009

BTN, ada yang tak kena.. lama dah kita tahu..

*agama dulu la wahai PM! Islam First! Baru semuanya aman dalam Islam.. trust me! :)
-------------------
BTN dipenuhi propaganda politik Umno,
unsur perkauman sempit

Harakahdaily 28/11/09

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan Barisan ADUN muda dari Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mengesa Kerajaan Negeri agar menghentikan penghantaran mahasiswa institut-institut pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri mahupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Lee Khai Loon, program BTN telah didapati penuh dengan propaganda politik Umno-Barisan Nasional serta doktrinasi unsur perkauman yang sempit.

Ramai yang menganggap pendidikan bahasa ibunda sebagai penghalang perpaduanegara, namun mereka telah mengabaikan bahawa fikiran perkauman yang sempit telah lama disemai dalam program BTN, malah ia lebih mengejutkan,"jelasnya lagi.

"Ramai kakitangan kerajaan dan pelajar yang mengikuti program BTN telah mengadu bahawa module BTN hanya doktrinasi politik perkauman serta melabelkan parti pembangkang sebagai pengkhianat bangsa dan ancaman kepada ketuanan Melayu.

Beliau juga menyebut, bahawa mereka yang mengikuti program tersebut pula tidak diberi ruang untuk menyampaikan pandangan atau kritikan terhadap sesuatu isu.

-------------------------------------

yusz felda :

pengalaman 2, 3 kali SAYA ikut BTN memang tak dapat dinafikan.. bagus la niat yang baik tujuan Kerajaan buat BTN.. namun, apa apa pun mesti kembali kepada persoalan Islam.. atas Islam.. kaum mana pun akan terbela bah.. ini dalam BTN dok jaga Melayuuuuu... last-last Melayu sendiri tak jaga Bahasa Melayu.. hu hi ha.. siapa yang kena? BTN la.. ngamlah.. haramkan sahaja jika ia bermotif SEMPIT!!!

Tiada ulasan: