Kawasan jenayah ragut akan diisytihar panas (utusan.com.my)
KUALA TERENGGANU 28 Nov. - Kementerian Dalam Negeri tidak akan teragak-agak mengisytiharkan sesuatu kawasan yang mengalami kadar jenayah ragut tinggi di negara ini sebagai kawasan panas.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini bagi membolehkan usaha memerangi kegiatan tersebut dapat dilakukan secara lebih terancang dan tersusun.
Jelasnya, kementerian itu kini memberi tumpuan kepada 50 kawasan panas di empat buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang dan Selangor ekoran kadar jenayah tinggi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan perkembangan terkini, beberapa kejadian ragut yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu berlaku di luar kawasan panas.
TAK PIKIR KA UMNO?
------------------- yusz felda :
" emm.. inilah padahnya bila Hukum Islam tidak mahu dilaksanakan.. ego manusia memang begini... bila terdesak, datang tsunami.. baru 'akun' baru 'akur' akan lemahnya diri.. tapiii.. ntah-ntah tsunami pun disebut 'bencana alam'.. bukannya hukuman!
Menteri pun payah diragut! PM lagi la.. YB juga.. risiko pemimpin agak tinggi juga.. kalau tak diragut, dirompak di rumah! apakah belum kena batang hidung kita, tak rasa bahaya???
Allah buat hukuman ini cukup sesuai dah.. ikut nafsu kita , ada peragut kena 'sepak penerajang, kena tampar sampai berdarah-darah.. kena hantuk ke tiang, kena hantyuk ke dinding, kena sepak di muka, kena pijak kepala dan sebagainya yang 'zalim kepada suspek', bukankah itu merbahaya pula kepada diri yang memukul? apatah lagi tiba-tiba suspek yang kena pukul mati! Macam mana? Tak pasal-pasal kita kena sabit bawah Akta Jenayah 302! Sabit kesalahan.. kena hukum gantung sampai mati! Free sahaja.. sedangkan kita tambah-tambah sahaja selain orang lain di sana... emm.. Inilah dia hukum konvensional.. tak pernah nak adilll
Tapi adanya hukum Islam akan menyelamatkan tuan yang bersalah dan mangsa.. adil untuk 2 pihak...
TIADA LEBIH, TIADA KURANG.. NGAM-NGAM..
SEDERHANA.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan